STANDARD Chartered Bank Malaysia Bhd menyasarkan pertumbuhan dua angka dalam segmen pembiayaan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tahun ini, susulan pertumbuhan kukuh dalam sektor PKS tempatan.
Ketua Negara Perbankan Pelanggannya, Tiew Siew Chuen, berkata bank itu mengeluarkan pembiayaan PKS lebih RM1 bilion tahun lalu meskipun berdepan persekitaran kelembapan ekonomi global.
“Dalam tempoh separuh tahun pertama, kami mencatatkan lebih RM500 juta pembiayaan bagi sektor PKS dan tahun ini, kami mensasarkan pertumbuhan dua angka didorong pelancaran produk baru serta pembiayaan yang akan dilaksanakan dengan lebih cekap dan berkesan,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas pelancaran cawangan baru Standard Chartered di Bandar Puteri Puchong, Selangor semalam. Hadir sama, Pengarah Urusan dan Ketua Eksekutifnya, Osman Morad.
Produk pembiayaan PKS yang ditawarkan bank itu merangkumi pinjaman ansuran perniagaan, pembiayaan i-perniagaan, perbankan telefon, perkhidmatan kurier, business$aver, pelaburan berstruktur dan perkhidmatan akaun mata wang asing.
Tiew berkata, Standard Chartered juga menyasar meningkatkan bilangan perunding kewangan peribadi dan pengurus perhubungannya kepada 400 orang tahun ini, bagi menyokong segmen perniagaan PKS dan perbankan keutamaan yang semakin meningkat.
Dalam pada itu, katanya, bank itu akan melaksanakan penyusunan semula cawangan dan menaik taraf cawangan secara besar-besaran, selain membuka cawangan baru sebagai langkah pengembangannya.
Katanya, antara 30 hingga 50 peratus daripada 33 cawangan sedia ada bank itu akan dinaikkan taraf dan ditempatkan semula di lokasi sesuai dalam tempoh tiga tahun akan datang.
“Dalam tempoh enam bulan akan datang, kami akan melaksanakan kerja menaik taraf dan menempatkan semula tiga cawangan bermula di Lembah Klang,” katanya sambil menambah dua lagi cawangan dijangka dibuka sebelum akhir tahun ini, tetapi lokasinya belum ditentukan lagi.
Sementara itu, Osman berkata, Standard Chartered meramalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) dijangka meningkat secara beransur-ansur kepada 2.75 peratus pada pertengahan tahun ini.
Katanya, ketika ini Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan OPR pada rekod terendah dua peratus pada mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) minggu lalu.
“Kami melihat peningkatan beransur-ansur dalam kadar faedah bermula akhir suku pertama tahun ini,” katanya
B.Harian, 3 Feb. 2010
Muslims BIG Business & Investment Gala
start date:
04/06/2010
end date:
06/06/2010
National Domestic Investment 2010
start date:
23/02/2010
end date:
23/02/2010
Global India Textile Show (GITS 2010)
start date:
26/3/2010
end date:
27/3/2010
Malaysia - Yemen Festival
start date:
17/03/2010
end date:
20/03/2010
SMIDEX 2010
start date:
1/6/2010
end date:
3/6/2010
Seminar and Exhibition on Electronic System Solution 2010 - MPC
start date:
16/03/2010
end date:
16/03/2010
| Panduan Langkah Demi Langkah Memulakan Perniagaan - Interested in buying this book? click here for further information. |
Access our online services here !!! |
Want to know how to check your application status via SMS? Click here to to find out how. |
Call SME Corp Malaysia Infoline for more information at 1-300-88-1801 |