BUTTERWORTH: Kerajaan akan memperuntukkan sebanyak RM15 bilion melalui inisiatif pembiayaan swasta (PFI) dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) bagi membantu usahawan bertaraf tinggi memajukan perniagaan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, berkata antara bidang yang akan diberi keutamaan ialah perumahan dan industri.
Katanya, inisiatif berkenaan mampu meningkatkan pelaburan dengan sektor swasta sebagai enjin pertumbuhan, sekali gus menyumbang kepada pendapatan negara.
“Kerajaan akan memberi bantuan dari segi kewangan dan sokongan lain yang dirasakan bersesuaian bagi meningkatkan produktiviti mereka, mulai tahun ini,” katanya pada sidang media selepas melancarkan Hari Kerjaya dan Keusahawanan Parlimen Tasek Gelugor di Dewan Sungai Dua di sini, semalam.
Mengulas lanjut, Nor Mohamed berkata, bantuan berkenaan akan disalurkan melalui beberapa agensi kerajaan terpilih seperti Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB), Mara dan Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER).
“Kebanyakan usahawan terutama Bumiputera mempunyai kemahiran dan sering mendapat projek termasuk dari luar negara, tetapi mereka tidak cukup modal.
“Jika mahu meminjam dari bank pula syarat dikenakan terlalu ketat sehingga menyebabkan produktiviti mereka tersekat,” katanya.
Sehubungan itu katanya, insentif berkenaan dijamin dapat membantu usahawan bertaraf tinggi meneruskan perniagaan tanpa perlu risau kekangan kewangan.
Terdahulu, Nor Mohamed yang juga Ahli Parlimen Tasek Gelugor, berkata Hari Kerjaya dan Keusahawanan dijadikan platform kepada penduduk Tasek Gelugor mencari peluang pekerjaan.
Pada majlis itu, Nor Mohamed turut melancarkan laman web beliau iaitu www.normohamed.my bagi memudahkannya berinteraksi dan berkongsi maklumat dengan orang ramai.
B.Harian, 8 Feb, 2010
Muslims BIG Business & Investment Gala
start date:
04/06/2010
end date:
06/06/2010
National Domestic Investment 2010
start date:
23/02/2010
end date:
23/02/2010
Global India Textile Show (GITS 2010)
start date:
26/3/2010
end date:
27/3/2010
Malaysia - Yemen Festival
start date:
17/03/2010
end date:
20/03/2010
SMIDEX 2010
start date:
1/6/2010
end date:
3/6/2010
Seminar and Exhibition on Electronic System Solution 2010 - MPC
start date:
16/03/2010
end date:
16/03/2010
| Panduan Langkah Demi Langkah Memulakan Perniagaan - Interested in buying this book? click here for further information. |
Access our online services here !!! |
Want to know how to check your application status via SMS? Click here to to find out how. |
Call SME Corp Malaysia Infoline for more information at 1-300-88-1801 |