Oleh AZELI ALI
pengarang@utusan.com.my
BUTTERWORTH 7 Feb. – Kerajaan menyediakan dana RM15 bilion untuk membantu syarikatsyarikat yang menghadapi masalah kewangan bagi membiayai projek mereka.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop (gambar) berkata, penyediaan dana melalui Tabung Insentif Kewangan Swasta (PFI) itu adalah sebahagian daripada pelan dalam Rancangan Malaysia ke-10 (RMK-10).
Menurut beliau, usaha mewujudkan dana itu bertujuan memastikan syarikat yang menghadapi masalah kewangan dapat meneruskan projek mengikut tempoh yang ditetapkan.
“Antara projek yang terlibat seperti pembinaan universiti, hospital dan perumahan serta pembuatan mesin yang pastinya memerlukan modal yang besar.
“Jadi melalui PFI, modal mungkin tidak lagi menjadi masalah untuk mereka dan semua projek yang dijalankan dapat disiapkan mengikut jadual,” katanya.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Tasek Gelugor berkata demikian selepas merasmikan Hari Kerjaya dan Keusahawanan di Dewan Besar Sungai Dua di sini hari ini.
Pada majlis itu, Nor Mohamed turut melancarkan laman web Parlimen beliau iaitu www.normohamed.my bagi memudahkan penduduk di kawasan itu mengetahui aktiviti dan program yang dijalankan di kawasan tersebut.
Beliau berkata, laman web sudah menjadi satu tuntutan seiring dengan perkembangan teknologi komunikasi maklumat (ICT) dan wajar dijadikan penghubung antara rakyat dan kerajaan.
Mengenai laman web beliau, Nor Mohamed berkata, ia akan membolehkan penduduk di kawasan itu menyalurkan segala bentuk aduan atau masalah dengan lebih mudah dan cepat.
“Ini adalah penting dalam meningkatkan kecekapan dan tahap perkhidmatan saya kepada rakyat. Saya harap penduduk di kawasan Tasek Gelugor menggunakan saluran alternatif ini dengan sebaik-baiknya,” katanya.
Utusan, 8 Feb. 2010
Muslims BIG Business & Investment Gala
start date:
04/06/2010
end date:
06/06/2010
National Domestic Investment 2010
start date:
23/02/2010
end date:
23/02/2010
Global India Textile Show (GITS 2010)
start date:
26/3/2010
end date:
27/3/2010
Malaysia - Yemen Festival
start date:
17/03/2010
end date:
20/03/2010
SMIDEX 2010
start date:
1/6/2010
end date:
3/6/2010
Seminar and Exhibition on Electronic System Solution 2010 - MPC
start date:
16/03/2010
end date:
16/03/2010
| Panduan Langkah Demi Langkah Memulakan Perniagaan - Interested in buying this book? click here for further information. |
Access our online services here !!! |
Want to know how to check your application status via SMS? Click here to to find out how. |
Call SME Corp Malaysia Infoline for more information at 1-300-88-1801 |